Meneroka Peluang Jana Pendapatan Dari Rumah

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Pendapatan Tambahan

Bank Negara Malaysia (BNM) pernah buat satu kajian tentang simpanan rakyat Malaysia. Faktanya, 75% penduduk negara ini tidak ada simpanan sekurang-kurangnya RM1,000. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia ada masalah untuk manampung kos sara hidup harian, akan menjadi kritikal bila perlu berbelanja lebih jika ada kecemasan.

Saya nak kongsikan 5 sebab kenapa kita perlu ada pendapatan tambahan.

#1 Kita perlu ada simpanan.

Semua orang kena ada wang simpanan. Semasa PKP dulu ramai yang tidak boleh bekerja. Ramai yang hilang pendapatan. Mereka terpaksa keluarkan wang simpanan mereka. Yang ada simpanan tu ok la, yang takde simpanan, macam mana?

Kita pun tak tahu apa akan berlaku kepada kita besok, 5 atau 10 tahun akan datang. Tetiba diri sendiri sakit, ahli keluarga sakit, kereta rosak dan macam-macam cerita terkejut yang lain, mana kita nak cari duit. Jangan kata untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kita tak nak jadi batu kan?

#2 Harga barang naik melambung

Harga barang ni memang ada je yang naik. Pergi pasar, supermarket, hari ni harga lain, pergi besok harga dah lain. Yang biasanya harga naik, yang turun tu memang jarang lah. Kita mungkin boleh usaha cuba kurangkan belanja, contohnya dulu makan 3 kali sehari, sekarang makan 2 kali kali sehari. Boleh ke?
Memang susah kan. Memang mustahil untuk kita tidak berbelanja langsung. Dunia hari ini, semua benda kena bayar. Nak masuk tandas kena bayar, nak parking pun kena bayar dan macam-macam lagi.

#3 Nak bebas hutang.

Anda hidup dibelenggu hutang?
Dapat gaji je, kena bayar macam-macam. Bayar rumah, bayar kereta, hutang kad kredit, personal loan, dan macam-macam lagi. Setiap kali anda dapat gaji nafas jadi sesak fikirkan semua komitmen yang anda kena bayar.

Kalau ada pendapatan tambahan, boleh cepat langsaikan segala hutan supaya kepala pun boleh tenang sikit.

#4 Pendapatan tidak mencukupi

Setakat hari ini, gaji minima untuk seorang pekerja RM1,500 je. Duduk di luar bandar pun ada yang merungut gaji tak cukup, apatah lagi yang duduk di tengah bandar. Tidak hairan ramai yang tergolong dalam kalangan miskin bandar ketika ini. Itu cerita orang yang makan gaji. Yang kerja sendiri lagi macam mana, fikir-fikir lah sendiri.

Bila semua duit gaji habis untuk membayar komitmen bulanan, sudah tentu anda tak dapat menikmati hasil gaji anda sendiri. Nak simpan memang tak boleh lah.

#5 Boleh penuhi kemahuan diri

Mungkin gaji anda sekarang dah ok tapi anda mesti ada keinginan untuk capai sesuatu dengan segera. Nak beli rumah baru, nak beli kereta baru, nak beli hp baru. Lebih lagi kita hidup dalam arus media sosial. Terdedah dengan gaya hidup tanpa batas yang secara tidak langsung akan pengaruhi keinginan anda. Tengok kawan pergi cuti-cuti, nampak best je kan? Kita pun nak pergi juga.

Jadi, nampak tak betapa pentingnya kita ada pendapatan tambahan, supaya kita boleh menyimpan, hadap kos sara hidup yang semakin mahal, boleh cepat langsaikan hutang, ada duit lebih untuk berbelanja, reward diri sendiri, keluarga dan membolehkan anda memenuhi kemahuan anda.

IKLAN ISTIMEWA

Lot 4712 Taman Bistari, Depan SMK Pelagat, Besut, Terengganu.

Luas Tanah : 5,198 kps / 483 mps
Lua Rumah : 1,179 kps
Hakmilik kekal.

Harga: RM280,000 (Boleh runding)

Klik gambar untuk maklumat lanjut.

Kenapa Perlu Berniaga Secara Online

Konsep perniagaan menerusi Internet dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan kos yang tinggi atau modal yang besar mahupun pengalaman luas dalam perniagaan.

Dengan hanya berbekalkan komputer atau telefon pintar dan Internet mereka sudah pun mampu membina perniagaan dan menjana pendapatan sendiri

Sebagaimana biasa, perniagaan melalui Internet ini juga memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Yang berbeza ialah urusniaga Internet dijalankan secara dalam talian dan kedua-dua belah pihak tidak bersemuka dalam semua proses jual beli tersebut.

Perniagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja secara tidak langsung juga dapat memenuhi pesanan pelanggan tidak kira waktu sama ada pagi, petang atau malam.

Sehingga kini sudah ramai yang berjaya membina rangkaian perniagaan Internet. Ada yang menjual produk kesihatan, pakaian, tudung, kosmetik dan sebagainya. Peningkatan penggunaan telefon pintar serta penggunaan aplikasi media sosial telah merancakkan perniagaan melalui internet.

Maka ruang dan peluang inilah sepatutnya direbut dan dimanfaatkan oleh semua yang memerlukan pendapatan tambahan. 

Semua yang berminat untuk meneroka dan menceburi bidang perniagaan Internet, perlu menguasai ilmu terlebih dahulu. Sebaik-baiknya belajarlah daripada mentor sebelum memulakan perniagaan Internet ini. Siapa tahu anda yang baharu berjinak-jinak memulakan perniagaan Internet pada hari ini boleh bergelar seorang usahawan berjaya atau seorang jutawan tiga tahun akan datang.

12 Sebab Kenapa Anda Patut Mulakan Bisnes Network Marketing

Jika anda ingin berniaga sendiri, mempunyai produk sendiri, banyak perkara yang harus difikirkan, itu belum lagi kos-kos lain seperti sewa kedai, kos utiliti dan sebagainya.

Sekiranya anda memulakan perniagaan Network Marketing, anda akan dapati semua soalan tadi terjawab dengan mudah. 

1. Bisnes MLM adalah perniagaan yang rendah risiko.
 
Ya, dengan modal permulaan yang rendah anda sudah boleh mempunyai bisnes anda sendiri.
 
2. Produk yang bagus dan berkualiti pastinya mempunyai permintaan yang tinggi
 
Hanya produk yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan mendapat tempat dihati pengguna. Pengguna yang berpuas hati dengan produk, barulah akan buat pembelian untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Hingga sampai satu masa, pengguna itu tadi menjadi pengguna setia
 
3. Hasilkan pendapatan berulang kali dari pelanggan yang sama (Repeat Order) 
 
Ini biasa berlaku terutama sekali apabila produk yang dijual adalah produk dari jenis yang selalu digunakan atau produk keperluan pengguna.
 
4. Potensi pendapatan yang lumayan
 
Kalau kita buat bisnes, semuanya terpulang pada kita. Kalau serius nak income yang lumayan, usaha pun kena sama serius juga.
 
5. Bisnes ini tak memerlukan anda mencari pekerja
 
Sekiranya anda nak buat bisnes, tapi inginkan bisnes yang boleh dijalankan secara santai, maka pilihlah sama ada buat bisnes online ataupun buat bisnes MLM. Yang penting, bisnes tersebut sah di sisi undang-undang dan berikan pendapatan yang halal.
 
6. Tak memerlukan anda untuk simpan stok produk 
 
Bisnes MLM pada ketika ini sudah menggunakan teknologi. Kita sebagai ahli sudah tidak perlu lagi membeli stok produk. Jika ada pelanggan yang minat untuk membuat tempahan produk, boleh dibeli sama ada melalui laman web syarikat ataupun melalui apps.
 
 
7. Kos untuk menguruskan bisnes yang rendah
 
Dari segi wang ringgit, bisnes MLM ni memang tak perlukan belanja yang banyak. Sebaliknya, untuk jalankan bisnes ni, kos yang paling penting sekali ialah rajin.
 
8. Leverage
 
Itu kelebihan bisnes MLM. Kita dapat manfaat daripada kerja orang lain, sedangkan orang itu hanya perlu buat kerja yang memang dia perlu buat. Dan bila kita buat kerja kita, orang lain juga akan dapat manfaat.
 
9. Bisnes anda tidak terhad hanya di satu lokasi
 
Dengan bantuan internet dan social media anda dapat buat bisnes dengan pelanggan di seluruh Malaysia.
 
10. Capai kebebasan kewangan
 
Dalam bisnes MLM, ianya tak mustahil untuk berlaku. Cuma janganlah fikir ianya sesuatu yang mudah untuk dicapai. Ia mungkin ambil masa, dan setiap orang ada laluan perniagaan yang berbeza
 
11. Boleh buat secara part time
 
Bila bisnes ini dibuat secara part time, maka pendapatan yang bakal dihasilkan juga tak boleh disamakan dengan mereka yang betul-betul push untuk buat bisnes ni fulltime.
 
12. Hanya perlu luangkan beberapa jam sahaja dalam satu hari
 
Saya tahu anda sibuk. Anda ada banyak kerja dan urusan. Saya faham anda penat.
 
Namun sekadar mengatakan “saya sibuk” atau “saya penat” ia langsung tidak akan mengubah apa-apa. Esok, rutin yang sama perlu diulang.
 
Jadi kenapa masih nak beri alasan sibuk dan penat, bila tawaran untuk sama-sama buat duit menerusi bisnes dihidangkan kepada anda.  Jika dengan izin Allah satu hari nanti, bisnes tersebut berjaya, anda sendiri yang untung.

Pilihan ditangan anda. Buat sedikit kajiselidik syarikat mana yang anda harus sertai, industri mana yang anda ingini, Kumpulan Network Marketing yang bagaimana harus anda pilih dan sebagainya.

Yang pasti buat pilihan yang bijak menerusi Network Marketing, kerana apa yang anda akan perolehi dalam sesebuah perniagaan Network Marketing ialah Anda tidak perlu bekerja untuk Wang selama-lamanya, tetapi Wang yang akan bekerja untuk anda

4 Ciri Penting Memilih MLM Yang Genuine

Apa itu MLM?

Multi-level Marketing. Atau dalam kata lain Pemasaran Berperingkat.

Jika anda seorang rakyat Malaysia, mesti sangat allergik dengan MLM ni. Dan jika anda berfikiran negatif sejurus mendengar perkataan MLM, maka anda sebenarnya belum faham konsep perniagaan yang berasaskan MLM sebenar.

Kenapa saya cakap macam ni? Sebab jika anda dah tahu apa potensi MLM dan bagaimana ia bergerak, percayalah, anda akan gila-gila buat MLM dan menyesal selama ni tak buat.

Produk Yang Berkualiti

Ya. Selain produk yang berkualiti, ianya juga perlulah ada ‘demand’ yang tinggi dan sesuai untuk semua golongan — lelaki & perempuan, tua & muda dan sesuai digunakan dari kepala hingga ke kaki. Yang paling penting, mestilah disahkan selamat dan berkesan! (Terutama sekali jika ianya ialah suatu produk kesihatan)

Syarikat Yang Kukuh

Kebanyakan syarikat yang bertopengkan MLM tetapi tidak praktikkan sistem yang sebenar, cepat meletup-letup jualannya dalam 2 tahun pertama. Tetapi selepas itu diam membisu. Tiba-tiba, muncul pula sebuah syarikat yang lain. Seakan-akan sama konsepnya tetapi berlainan nama dan produk pula. Pastikan latar belakang syarikat diperiksa terlebih dahulu dan sudah beroperasi dengan jayanya sekurang-kurangnya selama 5 tahun.

Sistem Sokongan

Syarikat haruslah menyediakan sistem pendidikan serta info dan bahan-bahan yang cukup pada pengedar di HQ. Ini agar mudah untuk para pengedar baru mempelajari tentang produk & syarikat dengan lebih mendalam. Sistem pendidikan termasuklah perjumpaan mingguan dan bulanan secara percuma kepada ahli di HQ atau lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Boleh diduplikasi

Ini adalah kunci dan segala kunci dalam network marketing atau multi-level marketing. Jika sistem nya sukar untuk diduplikasikan, maka sukarlah rangkaian untuk berkembang. Sebab itu penting untuk para pengedar menjaga tatasusila dan menyampaikan yang baik-baik aje, di samping memberi contoh yang baik kepada pengedar-pengedar yang lain di bawahnya. Juga, jika sistem terlalu kompleks atau yuran yang dikenakan adalah terlampau mahal, pasti sukar untuk diduplikasi kepada rangkaian yang seterusnya.

Saya telah temui satu perniagaan yang terbaik setakat ini !

Nota:

Terdapat perbezaan dalam pengiraan kadar bonus berkuatkuasa 1 Jan 2024. Untuk maklumat lengkap terkini, boleh baca di SINI.

3 FAKTOR PENTING kenapa perlu pilih Forever Living

1.  SYARIKAT

Diasaskan pada tahun 1978 oleh Rex Maughan, Forever Living Products ialah syarikat berbilion dolar yang mengeluarkan dan menjual ratusan produk kesihatan dan kecantikan di seluruh dunia. Masih milik persendirian, ia lebih daripada perniagaan – Ia adalah sebuah keluarga.

Berjuta-juta orang di lebih 160 negara telah menemui manfaat produk aloe vera Forever untuk membantu mereka dan keluarga mereka tampak sihat dan rasa hebat. 

2.  PRODUK

  • Dari hujung rambut ke hujung kaki, dalaman & luaran
  • Kegunaan harian (akan habis & refill) (repeat sales tinggi).
  • FLP memonopoli pasaran dunia (Lebah  & aloe vera) 2 asas terpenting dlm bidang kecantikan kesihatan & kehidupan.
  • Aloe vera 92.5% dunia.
  • 6500 ekar di Republik Dominica, 1,500 ekar di Mexico dan 1000 ekar di Texas.
  • Apabila memonopoli dapat dijual dengan i harga murah jadi pengguna akan cari yang lebih murah serta terjamin kualiti.
  • Semua produk di PATENTED, dihakcipta, tak boleh ditiru mana2 company even mereka kaya raya.
  • Produk sunnah (Madu, minyak zaitun, sobir).
  • Produk sepanjang zaman bukan bermusim.
 
Klik SINI untuk lihat Senarai Harga Produk, tertakluk kepada perubahan

Jom rasai sendiri produk 100% Aloe Vera semulajadi. Sangat jimat dan berbaloi². Semoga bermanfaat, insya Allah dengan izin Allah…

3. PLAN PEMASARAN

  • MUDAH – step by step, tidak memaksa..
  • DUPLICABLE – Buat kerja yang sama namun hasilnya semakin bertambah.
  • MENGUNTUNGKAN.
    1. Untung runcit 5%-48%.
    2. New distributor pricing profit.
    3. New distributor bonus.
    4. Personal bonus.
    5. Leadership bonus.
    6. F2D earned incentive program.
    7. Chairman bonus.

Nota: 

    • TIADA PV/BV/CV – pengiraan bonus Forevert Living pada harga retail.
    • TIADA Pairing – anda dapat bonus dari keseluruhan jualan ahli dalam rangkaian anda. 

Klik SINI untuk lihat COMPANY POLICIES AND PROCEDURES, THE CODE OF PROFESSIONAL CONDUCT

KEISTIMEWAAN AHLI

AHLI BIASA (PREFERRED CUSTOMER)

  • Yuran Pendaftaran – RM90
  • Dapat PERCUMA 1 x botol Aloe Vera Gel.
  • Keahlian seumur hidup.
  • Boleh beli produk di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan harga diskaun 5% dari Harga Jualan.
  • Tidak boleh taja ahli baru.

Ahli biasa (Preferred Customer) perlu UPGRADE ke VIP / Assistant Supervisor untuk dapat manfaat yang lebih besar.

AHLI VIP

  • Anda boleh upgrade akaun anda dengan membeli produk tidak kurang dari RM2,006 (Harga Jualan) dalam tempoh 2 bulan berturut-turut. Contoh: Bulan Januari sebanyak RM1000 dan Februari sebanyak RM1,006.
  • Anda boleh juga membeli Start Your Journey Pack seperti di bawah dan secara otomatik anda diupgred sebagai VIP / Assistant Supervisor. 

 

    • Start Your Journey Pack – PACK 1
4 x Aloe Vera Gel
2 x Aloe Berry Nectar
1 x Aloe Peaches
2 x Bee Honey
2 x Omega
2 x Bright Tooth Gel
1 x Aloe Syampo
1 x Aloe Gelly
1 x Avocado Soap
 
HARGA RUNCIT : RM 1543.05
HARGA SELEPAS 5% DISKAUN: RM 1465.90
 
    • Start Your Journey Pack – PACK 2
8 x Aloe Vera Gel
4 x Omega
4 x Bright Tooth Gel
 
HARGA RUNCIT : RM 1547.96
HARGA SELEPAS 5% DISKAUN: RM 1470.56
 
    • Jutawan Madu Gurun – Pack 3
17 x Botol Bee Honey
 
HARGA RUNCIT : RM 2106.30
HARGA SELEPAS 5% DISKAUN: RM 2001.00
 
    • Jutawaan Kopi Jutawan – Pack 4
2 x box White Coffee (60 packet)
2 x box Ginseng Tongkat Ali (48 packet)
 
HARGA RUNCIT : RM 1748.08
HARGA SELEPAS 5% DISKAUN: RM 1660.68
 
  • Sebagai VIP / Assistant Supervisor anda layak diskaun sebanyak 30% dari Harga Jual, bonus 25% dari pembelian dari Preferred Customer tajaan anda serta layak untuk dapat Volume Bonus kumpulan anda sebanyak 5% berdasarkan Harga Jualan.
  • Layak menaja ahli baru.
  • VIP bukan untuk yang minat berniaga sahaja,  yang tak minat pun boleh daftar VIP juga, diskaun tinggi lebih jimat utk kegunaan sendiri..

APA KATA PENGGUNA?

PENAFIAN

Maklumat perubatan atau kesihatan yang dipaparkan di laman web ini adalah untuk tujuan pengetahuan atau maklumat umum sahaja. Ia bukan bertujuan untuk mengambil alih nasihat, diagnosis atau pengubatan oleh pengamal perubatan bertauliah. Anda hendaklah mendapatkan nasihat doktor anda atau pengamal perubatan bertauliah mengenai apa-apa perkara mengenai perubatan dan kesihatan. Jangan sekali-kali mengabaikan nasihat profesional perubatan atau menangguhkannya disebabkan apa yang telah anda baca.

Kepada ANDA mesti bersama

RICH ACADEMY GLOBAL

SESI PENERANGAN KEPADA PROSPEK

Bantuan dari Mentor yang hebat setiap Isnin, Rabu dan Khamis untuk membuat sesi penerangan kepada propek dan ali baru melalui Zoom Meeting. 

SPECIAL COACHING UNTUK AHLI VIP

Membimbing ahli tim untuk memaksima penggunaan aplikasi media sosial seperti Tiktok dan CapCut, menyediakan skrip yang mantap dan berkesan untuk penyedian video promosi.

KURSUS DALAM TALIAN PERCUMA

Ini portal bisnes untuk semua VIP sahaja, akan diajar bagaimana untuk memulakan bisnes ini. Ada 50 modul untuk dipelajari supaya cepat mahir dalam bisnes ini.

Jom join saya jana pendapatan tambahan bersama Forever Living secara online

Klik imej di bawah untuk terus mendaftar sebagai ahli

Untuk pertanyaan lanjut, sila klik imej di bawah:

PENTING: Pendapatan dan Penafian Undang-undang

Kami tidak percaya dengan program cepat kaya. Kami percaya pada kerja keras, menambah nilai dan berkhidmat kepada orang lain. Dan itulah yang program kami direka untuk membantu anda lakukan. Seperti yang dinyatakan oleh undang-undang, kami tidak boleh dan tidak membuat sebarang jaminan tentang keupayaan anda sendiri untuk mendapatkan hasil atau memperoleh apa-apa wang dengan idea, maklumat, program atau strategi kami. Walau bagaimanapun, tiada pada halaman ini atau mana-mana tapak web atau e-mel kami adalah janji atau jaminan pendapatan masa hadapan. Sebarang nombor kewangan yang dirujuk di sini, atau di mana-mana tapak atau e-mel kami, hanyalah anggaran atau unjuran atau keputusan lepas, dan tidak boleh dianggap tepat, sebenar atau sebagai janji potensi pendapatan – semua nombor adalah ilustrasi sahaja.

Potensi pendapatan bergantung sepenuhnya kepada orang yang menggunakan produk, idea dan teknik kami. Kami tidak menganggap ini sebagai “skim cepat kaya.” Tahap kejayaan anda dalam mencapai keputusan yang dituntut dalam bahan kami bergantung pada masa yang anda luangkan untuk program, idea dan teknik yang disebutkan, kewangan anda, pengetahuan dan pelbagai kemahiran. Oleh kerana faktor ini berbeza mengikut individu, kami tidak dapat menjamin kejayaan atau tahap pendapatan anda. Kami tidak dapat menjamin bahawa anda akan membuat apa-apa wang sama sekali. Kami juga tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan anda.