Prestasi Minima Ahli TW

Berikut adalah prestasi minima yang dituntut ke atas semua ahli Tupperware berpangkat CONSULTANT dan DIRECTOR untuk mendapat faedah maksima dari perniagaan Tupperware ini.

1. Semua CONSULTANT dan DIRECTOR diperlukan untuk mengekalkan status "Active". Ia boleh dilakukan dengan dua cara:

a. Jualan peribadi terkumpul sekurang-kurangnya RM500.00 mengikut harga retail (katalog) dalam jangka masa 12 bulan dari tarikh menjadi ahli

ATAU

b. Melanggan Majalah Tupperware Brand.

2. CONSULTANT dan DIRECTORS yang gagal untuk mengekalkan status "Aktif" akan ditempatkan di dalam kumpulan status "Tidak Aktif" selama 2 bulan. Dalam jangka masa 2 bulan tersebut, CONSULTANT atau DIRECTOR tersebut boleh mengaktifkan semula status beliau dengan dua cara seperti berikut:
    a. Membuat satu pembelian bernilai RM200.00 atau lebih
    ATAU
    b. Memperbaharui langganan Majalah Tupperware Brand.

3. Jika CONSULTANT atau DIRECTOR gagal untuk mengaktifkan status "Aktif" dalam tempoh 2 bulan tersebut, beliau akan dimasukkan ke dalam senarai status "Drop". Seorang CONSULTANT atau DIRECTOR berstatus "Drop" boleh kembali menjadi Ahli di bawah kumpulan yang sama atau kumpulan baru, selepas tamat tempoh 6 bulan dari tarikh dikenakan status "Drop". Walaubagaimana pun beliau akan kehilangan semua ahli dibawahnya.

Anda boleh melihat maklumat pembelian dan downline anda secara online. Sila login di sini. Sila hubungi saya untuk dapatkan panduan berkenaan ID pengguna dan katalaluan. Maklumat di laman web ini amat penting untuk membantu anda merancang hala tuju anda di dalam perniagaan tupperware ini. 

Sila hubungi saya jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai perniagaan Tupperware ini.

 

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke stor maya myBIZnet.

Ramlee Sulaiman AMT
Puan Tuan Azimah Tuan Yusof

Peneroka Maya (TR0080549-P)
Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh.
HP: +6019-3536887
E-Mail: ebiz4u[at]ramleesulaiman.net.


Your IP Address is: 38.107.191.98
Copyright © 2010 Peneroka Maya (TR0080549-P). Powered by Zen Cart